KUALA LUMPUR:
Dalam situasi negara sekarang ini yang amat perlu bagi kita ialah
seorang pemimpin yang mempunyai kemampuan sebagai ‘planner’ yang
memberikan fokus untuk memajukan negara dan memahami sempadan di antara
tanggungjawab kepada parti politik anutan mereka dan tanggungjawab
terhadap rakyat yang ramai.
"Kita memerlukan pemimpin yang mempunyai tahap ‘magnanimity’ yang tertinggi di kalangan mereka yang memimpin negara sama ada dari pihak yang sedang menyandang kuasa mahu pun mereka yang sedang ‘soliciting’ kuasa dari rakyat itu," tulis Aspan Alias di dalam blognya.
Menurutnya, sekarang pemimpin yang sentiasa berperang mulut di antara mereka itu tidak akan mampu untuk memberikan keharmonian politik negara.
Tambahnya, masing-masing yang sedang berlumba untuk berkuasa atau mempertahankan kuasa tidak akan pergi ke mana-mana kerana setiap pihak itu mempunyai pengikut, sama ada pengikut yang membuta tuli atau mereka yang tidak berpuas hati kepada mana-mana satu pihak yang sedang berperang mulut itu.
Menurut Aspan lagi, tidak ada di kalangan yang sedang berada dalam pimpinan tertinggi Umno mahu pun dari pihak yang membangkang yang mempunyai sifat ‘magnanimous’ itu atau yang mempunyai kualiti sebagai seorang ‘planner’ bagi negara.
Bagi beliau, ia akan membawa keseimbangan kepada memberikan fokus kepada politik dan pembangunan negara. - HARAKAHDAILY 3/9/2014

No comments:
Post a Comment