Monday, September 15, 2014

Korea Utara hukum lelaki Amerika kerja paksa enam tahun

15/9/14

Korea Utara hukum pria Amerika kerja paksa enam tahun
Matthew Miller. ©Washington Post 
Matthew Miller  dijatuhkan  hukuman kerja paksa  selama 6 tahun oleh mahkamah Korea Utara. Warga Amerika Syarikat berusia 24 tahun itu dituduh    menyamar sebagai pelancung ketika dia memasuki negara itu April lalu.

Dalam perbicaraan berlangsung 90 minit itu Miller tampak pucat dan mengenakan pakaian hitam hingga menutupi lehernya, seperti dilansir surat khabar the Washington Post, Ahad (14/9).

Laman berita Korea Utara KCNA merilis foto Mileer yang sedang menjalani perbicaraan diapit oleh dua tentera Korea Utara di dalam ruang mahkamah.
Sebelum Miller digari untuk masuk ke ruang mahkamah , hakim mengatakan tidak akan menerima segala rayuan.

Korea Utara kini menahan tiga warga Amerika: Miller, Jeffrey Fowle, 56 tahun ditangkap Mei lalu dan Kenneth Bae, warga Korea-Amerika yang dihukum 15 tahun kerja paksa kerana tuduhan melawan pemerintah.
sumber:merdeka.com

No comments:

Post a Comment