Thursday, September 25, 2014

Kuota Exco: Zuraida tak faham, kata Pas

sinarharian
Datuk Mustafa Ali 
  • Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan permintaan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin supaya menyemak semula kuota Pas untuk jawatan Exco Selangor sebagai tidak memahami keadaan.

Mustafa yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut menegaskan, beliau tidak mahu melayan kehendak Timbalan Pengerusi PKR Selangor itu.

"Zuraida tak faham, saya tak nak layan.

"Sebut tak faham itu mencukupi, dia tak faham, saya tak perlu komen sebab dia tak faham," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

No comments:

Post a Comment