16/9/14
Oleh Siti Nadzirah Che Mud
Gombak: Seorang lelaki bertindak gila apabila ‘memandikan’ tubuhnya
dengan petrol sebelum membakar diri selepas dipercayai mengalami tekanan
perasaan.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, lelaki berusia 40-an itu
dikesan cuba membunuh diri tidak jauh dari kawasan belukar di Sri
Gombak, di sini.
Bagaimanapun, mangsa yang dipercayai tidak dapat menahan sakit
akibat tubuhnya dijilat api bertindak terjun ke dalam kolam berdekatan.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Selayang Nor Aini Iman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.08 tengah hari.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Selayang Nor Aini Iman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.08 tengah hari.
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa daripada kolam sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.
Menurutnya, sebuah jentera serta lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian membantu mangsa.
Katanya, mangsa ditemui di dalam kolam dengan keadaan lemah oleh anggota penyelamat.
myMetro
‘Royal King’ - This Is What Women Really Want !!
ReplyDeleteKLIK HERE !!