Thursday, September 18, 2014

Mahkamah di Tiongkok "Hargai" Keperawanan 3,000 poundsterling

  18 September 2014

  
Shutterstock  Gambar hiasan

BEIJING,  Seorang wanita China yang menyaman seorang lelaki kerana "melanggar hak keperawanannya" setelah dihujani janji-janji palsu telah mendapat  wang gantirugi sebanyak 3,000 poundsterling.
 
Wanita dengan nama keluarga Chen itu berkencan dengan seorang  lelaki yang kemudian diketahui telah beristeri. Chen saman kekasihnya itu kerana dianggap menipunya sehingga dia kehilangan keperawanan.

Chen mengatakan, kekasihnya itu menipunya dengan mengaku sebagai bujang dan berjanji akan menikahinya. Demikian sejumlah media di Shanghai melaporkan, Rabu (17/9/2014).

Seorang jurucakap mahkamah   wilayah Pudong membenarkan kes ini dan keputusan hakim yang menyertai kes tersebut. Namun, dia mengatakan, lelaki itu memutuskan untuk buat rayaun.

Kisahnya bermula ketika   Chen bertemu kekasihnya itu melalui internet pada 2009, tetapi baru mulai berkencan pada 2013. Keduanya kemudian berkunjung ke Singapura. Hubungan mereka berlanjutan lebih jauh. Demikian ungkap media online The Paper.

Sepulangnya dari Singapura, lelaki yang hanya disebut dengan nama keluarga Li itu memutuskan perhubungan dengan Chen. Akibatnya, Chen mendatangi kediaman Li dan menemui  lelaki itu bersama isterinya.

Situasi itu membuat Chen saman Li kerana dianggap membuat dia kehilangan keperawanan dan menuntut gantirugi lebih dari 50,000 poundsterling 

Dalam perbicaraan, hakim menilai tuntutan Chen terlalu berlebihan, tetapi mengatakan dalam pembacaan keputusan bahawa hukum harus melindungi "hak keperawanan" Chen.

"Melanggar hak keperawanan boleh merosak tubuh, kesihatan, kebebasan, dan reputasi seseorang sehingga harus ada gantirugi," demikian keputusan hakim meski tidak dijelaskan bagaimana hakim boleh menentukan besaran kompensasi yang diberikan itu.

Li, sang terdakwa, tidak hadir dalam mahkamah. Namun, melalui peguamnya  , Li membantah telah berhubungan seksual dengan Chen.

Kes ini mendapat tanggapan cukup ramai di dunia maya. Salah seorang pengguna laman media sosial Weibo mempertanyakan keputusan hakim itu.

"Boleh dipahami seseorang menuntut kompensasi setelah menjadi korban penipuan. Namun, apa itu hak keperawanan? Dan apa dasar hukumnya?" kata seorang pengguna Weibo.

"Undang-undang China masih mempermasalahkan hak keperawanan, itu sangat seksis," kata seorang pengguna Weibo lainnya bernama Su Qinglian.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: The Telegraph/KOMPAS.com 

No comments:

Post a Comment