Saturday, September 20, 2014

Peguam akan berarak bantah Akta Hasutan

19 Sep 2014
Badan Peguam Malaysia meluluskan satu usul untuk mengadakan bantahan aman terhadap siri tangkapan di bawah Akta Hasutan.

Usul itu diluluskan selepas perbahasan pada mesyuarat agung luar biasa badan itu di Wisma MCA hari ini.

Usul itu dicetuskan oleh siri tangkapan di bawah Akta Hasutan mutakhir ini.

Siri tangkapan itu menyaksikan ahli politik, aktivis dan pensyarah undang-undang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Menurut peguam Edmund Bon, usul itu diluluskan dengan 701 undi menyokong dan 13 undi membantah.

Badan Peguam sebelum ini mengetuai perarakan membantah salah guna kuasa polis dan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment