- Suhaizan Kaiat
SUBANG JAYA - Pemuda Pas akan kekal menyokong mana-mana calon yang
dinamakan oleh Pakatan Rakyat untuk bertanding bagi kerusi Dun Pengkalan
Kubor pada 25 September ini, kata Ketuanya, Suhaizan Kaiat.
Perkara tersebut ditegaskan selepas satu mesyuarat diadakan bersama barisan Pemuda Pakatan iaitu Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy Malaysia, Teo Kok Seong di Empire Hotel hari ini.
“Pemuda Pas akan bersama-sama menyokong mana-mana calon yang ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat dalam PRK tersebut.
“Kami akan berkempen secara bersungguh-sungguh untuk mana-mana calon yang dipilih oleh Pakatan Rakyat," katanya.
Semalam dalam hasil Mesyuarat Pas Pusat, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memaklumkan bahawa PKR Kelantan telah memberi laluan kepada Pas Kelantan untuk meletakkan calon mereka untuk dipertandingkan dalam PRK Dun Pengkalan Kubor.
Perkara tersebut didakwa diputuskan melalui sebuah perbincangan antara PKR Kelantan dan Pas Kelantan.
“(Bagaimanapun) itu tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Pimpinan Tertinggi Peringkat Pusat bagi PKR, Pas dan Pakatan Rakyat,” kata Mustafa dalam sidang media semalam.
Namun Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir ketika dihubungi Sinar Harian semalam menafikan pihaknya memberi ruang kepada Pas untuk meletakkan calon parti itu bagi PRK berkenaan.
Ab Aziz turut menegaskan, PKR Kelantan akan meletakkan calonnya di kerusi peninggalan Datuk Noor Zahidi Omar itu.
Mengulas kepada Sinar Harian Online hari ini, Suhaizan berkata, segala keputusan mengenai calon PRK Pengkalan Kubor akan diputuskan dalam minggu ini.
“Dalam waktu terdekat, kami akan adakan satu mesyuarat Majlis Presiden PKR, apa sahaja keputusan dan pandangan (dari semua pihak) akan dirumuskan dalam perbincangan tersebut.
“...Kita serahkan sepenuhnya kepada pimpinan Pakatan untuk memutuskan perkara tersebut. Kita akan bersama membantu calon yang diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk bertanding di PRK,” jelasnya lagi.

No comments:
Post a Comment