Wednesday, September 3, 2014

PKR terima surat dari istana

3 Sep 2014
PKR hari ini menerima surat dari istana Selangor, dipercayai jawapan kepada pencalonan menteri besar.

"Ya, kami terima surat hari ini," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, butiran mengenainya hanya akan dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk  Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan kemudian.

"Beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa satu jam akan datang," katanya.

Pengesahan itu dibuat selepas sebuah kereta rasmi istana dilihat di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Tarikh akhir bagi pihak Pakatan Rakyat mengemukakan pencalonan mereka untuk jawatan menteri besar ialah hari ini.

PKR mengemukakan calon tunggalnya, Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk jawatan tersebut, semalam.Malaysiakini

No comments:

Post a Comment