Thursday, September 4, 2014

Playboy Taiwan Dipenjara 80 Tahun Atas Pemerkosaan Ramai Wanita

03/09/2014 
 
 Justin Lee (Asia One)rayuanbanding atas vonis 80 tahun penjara yang dijatuhkan keatasnya. Pemuda berusia 29 tahun ini didapati bersalah atas sejumlah dakwaan pemerkosaan dan merakam video cabul puluhan wanita.

Justin Lee yang dikenali gemar berpesta ini, dinyatakan bersalah atas dakwaan jenayah  seksual terhadap 14 wanita dan diam-diam merakam mereka serta 5 wanita lainnya ketika berhubungan intim.

"Lee membantah dakwaan memberi dadah dan pemerkosaan wanita-wanita tersebut," terang peguam Lee, Leo Tzou kepada AFP, Rabu (3/9/2014).

"Kami menyesalkan bahawa mahkamah tidak mempertimbangkan sejumlah bukti yang meringankannya dan hukuman yang dijatuhkan jauh lebih berat dari yang kami harapkan," imbuhnya.

Dalam perbicaraan, Lee berkeras bahawa setiap hubungan seksual yang dilakukan dengan mangsa dilakukan dengan penuh kesedaran dan didasari rasa suka sama suka. Menurut Tzou, kliennya tersebut akan mengajukan rayuan atas hukuman yang dijatuhkan.

Menurut kenyataan mahkamah , Lee membawa para mangsa dalam keadaan mabuk dari kelab malam atau bar setempat ke apartemennya. Di sana, Lee kemudian meniduri mangsanya dan merakam hubungan intim mereka.

"Lee mengabaikan persahabatan dan kepercayaan antara dirinya dengan mangsa-mangsanya demi mencabuli mereka ketika mereka secara fisikal maupun mental tidak mampu dan tidak kuasa melawan," demikian bunyi keputusan Mahkamah Tinggi Taiwan

No comments:

Post a Comment