Thursday, September 18, 2014

Seekor Kera Kuil Mati, Ratusan Orang Botakkan Kepala

Khamis, 18 September 2014 
 
BBC Warga India percaya Hanoman akan membebaskan mereka dari ketakutan dan bahaya.
  Hampir 200 penduduk desa di India menggunduli kepala mereka sebagai tanda berdukacita atas kematian seekor kera di kuil mereka. Kera itu tenggelam ketika jatuh ke kolam kerana dikejar anjing.

Penduduk desa itu melakukan proses  kematian dan membakar binatang itu sesuai ajaran Hindu kerana khuatir kematian kera ini akan membawa sial.

Sekitar 700 penduduk desa mencukur janggot mereka, lapor wartawan BBC, S Niazi.

Kera dipandang keramat oleh penganut Hindu dan terdapat sejumlah kuil untuk dewa kera Hanoman di India. Hanoman biasanya memiliki tubuh manusia, bermuka kera dengan warna merah, dan berekor.

Para pengikutnya percaya bahawa menyembah Hanoman akan membebaskan mereka dari ketakutan dan bahaya.

Kera yang mati adalah sebahagian dari sepasang kera yang tinggal di dekat kuil kecil Hanoman di Desa Dakachya, di Negara Bahagian Madhya Pradesh, India tengah, kata warga Desa Mithun Patel.

Binatang itu tenggelam tanggal 2 September dan ditemukan penduduk pada hari berikutnya.
Editor : Egidius Patnistik
Sumber: BBC Indonesia/KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment