Saturday, September 27, 2014

Semangat Pengkalan Kubor hadapi PRU14

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan berharap semangat kerjasama petugas-petugas PAS seperti yang digerakkan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor wajar dikekalkan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, melalui semangat itu anugerah kemenangan tidak mustahil berpihak kepada PAS untuk kembali bertapak di Pengkalan Kubor.

Katanya, pengajaran PRK tersebut banyak memberi kematangan dan pengalaman kepada PAS Kelantan.

“Kita akan bermuhasabah setiap gerak kerja dijalankan bagi merangka strategi yang lebih cemerlang bagi menghadapi Umno BN.

“Mereka sentiasa memanipulasi isu-isu dan memutar-belitkan fakta berkaitan dengan royalti minyak dan pelbagai lagi,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap setiap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jangan bersedih dan lemah semangat kerana perjuangan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah Taala.

“Kita berjihad menegakkan tuntutan Allah. Kita sudah mendapat ganjaran,” katanya.

PAS pernah mempunyai pengalaman tewas pada PRK 2005 di Pengkalan Pasir, namun PRU 2008 PAS menang dengan jumlah undi lebih besar.

Daripada tujuh PRK yang diadakan di Kelantan selepas 1991 PAS menang tiga  dan tewas empat kali. Pada PRK 1991 Semangat 46 menang di Dun Sungai Pinang dan Limbongan. - HARAKAHDAILY 26/9/2014

1 comment:

  1. seruan Politik mendukung cita cita hamno..........Poooorah!

    ReplyDelete