18/9/14
AUCKLAND 17 Sept. - Sebuah kapal nelayan laut dalam berjaya menangkap
seekor sotong gergasi yang jarang ditemukan sebesar saiz sebuah bas
mini di kawasan lautan terpencil di Antartika.
Mail Online melaporkan, kapten kapal berkenaan, John Bennett bersama
anak buahnya berjaya menangkap sotong seberat 350 kilogram itu di Laut
Rose lapan bulan lalu.
Bennet berkata, ini merupakan kali kedua dia berjaya menangkap sotong
gergasi dan berhasrat untuk menyimpan tangkapan terbaharunya bagi
tujuan kajian.
"Kali pertama saya menangkap sotong gergasi adalah kira-kira tujuh
tahun lalu dan kini sotong tersebut dipamerkan di Muzium Kebangsaan New
Zealand, Te Papa," jelasnya.
Sotong yang mempunyai lapan sesungut dengan setiap satunya berukuran
satu meter itu kini dibekukan sejak ditangkap bagi membolehkan para
saintis membuat kajian.
Saintis sotong dari Universiti Teknologi Auckland, Kat Bolstad yang
mengetuai penyelidikan terhadap sotong berkenaan menyifatkan haiwan
tersebut sebagai 'begitu besar dan cantik'.
"Pada dasarnya ini merupakan satu spesies yang jarang ditemukan dan merupakan satu peluang keemasan bagi kami untuk mengkajinya.
"Kami begitu teruja untuk mengenali sotong ini yang dipercayai sotong betina dan mempunyai telur," jelas Bolstad.
No comments:
Post a Comment