2/9/14
Lelaki Brazil bernama Claudio Vieira de Olieveira, 37 tahun, terlahir dengan
kepala terkulai ke belakang sehingga menempel di pinggangnya. Kepala
Claudio dalam kondisi terbalik bahagian atas dan bawah. Dalam istilah pserubatan penyakit dia bernama arthrogryposis. Tubuhnya juga hanya boleh duduk
dalam keadaan seperti bersimpuh.
Kerana kseadaannya itu sewaktu dia lahir doktor mengatakan kepada ibunya untuk membiarkannya kelaparan hingga meninggal, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Isnin (1/9).
Namun meskpun keadaan tubuhnya cacat seperti itu lelaki berasal dari Monte Santo itu mampu membalikkan semua keraguan doktor dengan menjadi akauntan dan motivator.
"Sejak saya kecil saya selalu membuat diri saya sibuk dan bekerja. Saya tidak ingin bergantung sepenuhnya kepada dengan orang lain," kata Claudio.
"Saya belajar menghidupkan televisyen, menerima telepon , menghidupkan radio, menggunakan Internet, komputer. Saya melakukan semuanya sendiri."
Claudio menulis menggunakan pena yang dia gigit dengan mulutnya. Dia mengoperasikan telepon bimbit dan mouse komputer dengan bibirnya.
Dengan segala kemampuannya Claudio mampu bersekolah dan lulus dari Universiti Freira de Santana.
"Orang-orang mengatakan bayi anda akan mati kerana dia sukar bernafas," kata ibu Claudio, Maria Jose.
"Sebahagian orang bilang, 'Jangan beri makan dia kerana dia sudah sekarat.' Tapi kini yang ada hanya kebahagiaan. Claudio sama seperti orang lain, begitulah saya membesarkannya di rumah."
Pada usia delapan tahun Claudio mulai berjalan sendiri dengan lututnya. Dia tidak boleh memakai kerusi roda kerana bentuk tubuhnya seperti itu.
"Selama hidup, saya mampu beradaptasi terhadap dunia. Kini saya tidak melihat diri saya sebagai orang yang berbeda dengan orang lain. Saya orang normal. Saya tidak takut lagi dengan orang dan menjadi pembicara internasional serta mendapat undangan dari seluruh dunia," kata Claudio.
No comments:
Post a Comment