KUALA LUMPUR: Rakyat menaruh harapan yang cukup
tinggi untuk melihat sebuah Pakatan Rakyat (PR) yang utuh dan kuat untuk
terus membela dan memartabatkan hak mereka.
Sehubungan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengambil maklum pandangan serta kritikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat kelmarin dengan penuh keterbukaan.
Timbalan ketuanya, Dr Afif Bahardin berkata tahaluf siyasi atau kerjasama politik sewajarnya dilandaskan di atas nilai kebersamaan dan kepercayaan sebagaimana yang telah dipersetujui di awal pembentukan Pakatan Rakyat iaitu untuk memperjuangkan prinsip keadilan dan kebebasan di Malaysia dalam kerangka yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Maka sewajarnya semangat dan matlamat ini digarap dan dihidupkan semula demi memulihkan kembali hubungan dua hala yang kini kelihatan keruh di antara parti PAS, DAP dan Keadilan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, rentetan beberapa isu sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk masalah pertindihan kerusi di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, Kajang Move, hudud dan krisis pelantikan Menteri Besar Selangor telah mengakibatkan perbezaan pendirian di antara parti-parti bertukar menjadi krisis dan pergeseran terbuka sesama pemimpin.
Beliau menambah, ini seterusnya mengundang tafsiran serong di mata rakyat serta menjejaskan reputasi para pimpinan Pakatan Rakyat ke tahap yang cukup membimbangkan.
"Justeru, kami dengan penuh rasa hormat dan rendah diri memohon agar barisan kepimpinan Pakatan Rakyat agar segera mencari titik persamaan dengan kembali ke meja rundingan dan mengangkat semangat muafakat sebagai teras untuk mengukuhkan semula Pakatan Rakyat," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Justeru, tambahnya PAS, DAP dan Keadilan perlu bersatu dan kembali kepada mauduk asal Pakatan Rakyat iaitu untuk menegakkan keadilan dan kebebasan demi membentuk sebuah negara Malaysia yang gagah.
"Kami juga berpandangan Pakatan Rakyat juga perlu memulakan inisiatif baru dengan mengalu-alukan penglibatan parti-parti politik lain di seluruh negara termasuk parti-parti dari Borneo untuk berganding bahu untuk mendepani Umno Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 22/9/2014

No comments:
Post a Comment