27/9/14
Polis Yunani kini sedang menyiasat pengakuan seorang pekerja di kuburan
yang menyatakan ada seorang perempuan dikubur hidup-hidup dan teriakan
minta tolong dari dalam kuburnya. Dia tiba-tiba meninggal sebelum sempat
diselamatkan.
Pekerja dan dua penziarah di perkuburan Peraia itu mengatakan kepada polis mereka mendengar suara ketukan dan teriakan dari dalam sebuah kubur seorang pesakit kanser berusia 49 tahun kelmarin, satu jam setelah dia dikuburkan, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Sabtu (27/9).
Ketika keranda dia diangkat dan dibuka, perempuan itu sudah tidak bernyawa lagi. Seorang doktor mengatakan dia sudah meninggal.
Ibu dua anak itu sebelumnya sudah dinyatakan meninggal oleh klinik Thessaloniki di hari yang sama.
Seorang doktor yang memeriksa jenazah perempuan itu menyatakan dia tidak mungkin dikubur hidup-hidup kerana perempuan itu sudah meninggal beberapa jam sebelum dikuburkan.
"Saya tidak percaya," ujar Chrissi Matsikoudi kepada stesyen televisyen Yunani MEGA. "Kami sudah menjalankan beberapa tujian, termasuk jantung tidak berdetik ."
Keluarga perempuan itu kini mengajukan saman kepada doktor di klinik kanser tersebut.
sumber :merdeka.com
No comments:
Post a Comment