Zuraida Kamarudin, Ahli Parlimen
PKR Ampang, memberikan pandangan kepada Azmin Ali agar PAS hanya diberikan
‘consolation seats’ dalam barisan Exco Selangor. Sebabnya mudah kerana PAS
tidak memberikan sokongan kepada calon Menteri Besar dari PKR, Wan Azizah Ismail.
Pandangan Zuraida ini tidak
mengejutkan dan beliau sedang menunjukan sikap mahu bermusuh berpanjangan
kerana tidak sependapat di antara PKR dan PAS. Kita sebagai pemerhati, hanyalah
membuat persepsi yang sikap dendam-mendendam yang ada di dalam dirinya itu
tidak dapat disorokkan dan inilah contoh seorang pemimpin dari PKR yang selama
ini disokong oleh ramai pengundi semasa pilihanraya yang lalu.
Inilah yang menyebabkan rakyat
sudah mengetahui sikap sebenar pemimpin PKR apabila berhadapan dengan perbezaan
pendapat seperti yang berlaku dalam isu pengganti Khalid Ibrahim dahulu.
Zuraida sepatutnya berfikir
sebelum bercakap kerana kata-kata seorang pemimpin itu sentiasa dalam
pemerhatian dan fokus rakyat yang ramai. Zuraida tidak begitu mahir untuk
memberikan pemikiran yang meyakinkan sebagai seorang pemimpin. Kerjasama PAS
bukannya dengan Wan Azizah, tetapi dengan PKR. PAS dari awal mahukan PKR jadi
Menteri Besar dan Azmin merupakan calon yang dicadangkan oleh PAS. Azmin itu
dari parti mana, Zuraida?
Malahan Azmin, Timbalan Presiden
PKR itu tidak dicalonkan pun oleh PKR tetapi yang mencalonkan beliau
ialah PAS.
Bagaimana Zuraida tidak sampai pemikirannya sampai ke sini. PKR tetap
dengan
pencalonan tunggal, iaitu Wan Azizah dan sentiasa menafikan yang Azmin
itu
telah dicalonkan oleh PKR. PAS bukannya menolak PKR dari memegang
jawatan
Menteri Besar itu. PAS hanya tidak menyokong Wan Azizah.Jika Azmin
bersikap seperti Zuraida ini, beliau tidak perlu melantik sesiapa dari
PKR untuk menjadi Exco kerana PKR tidak pernah mencalonkan beliau
sebagai Menteri Besar.
Tetapi akhirnya pencalonan PAS
itulah yang diterima oleh Istana, dan calon itu adalah dari PKR. Namanya Azmin
Ali. Jika inilah sikap dan caranya pemimpin seperti Zuraida ini memimpin, maka
rakyat terpaksa berfikir kembali dalam pilihanraya yang akan datang samada
untuk menyokong beliau atau pun sebaliknya kerana beliau telah menunjukan
kesuntukan pemikiran sebagai seorang pemimpin.
Saya berharap media telah salah
memetik kata-katanya itu. Jika kata-kata nya itu adalah benar dan tidak disalah
petik, maka Zuraida boleh dianggap sebagai pemimpin PKR yang memberikan nasihat
yang tidak sihat terhadap partinya, khususnya kepada Azmin Ali. Kita
berharap Azmin tidak akan se naif Zuraida itu.
Inilah contoh pemimpin parti yang
mengaku sebagai ‘alternative’ kepada UMNO yang kian uzur itu. Sekarang bukan
UMNO sahaja yang uzur, PKR nampaknya lebih uzur lagi. Berapa ramai kah pemimpin
dalam PKR yang mempunyai tahap pemikiran seperti Zuraida ini?
Assalam....betul kata saudara..bukan senang untuk jadi seorang pemimpin..kalau al-quran dan hadis bukan panduan..bukan iman dan amal..didahulukan...siapa2 pun akan terbabas sebab nafsu jadi panduan..jangan bermegah kerana kamu pemimpin(tak kira siapa)kerana sesungguhnya kamu sedang diuji oleh Allah..kepada semua pemimpin(tak Kira siapa anda dan darimana anda)tiru dan ikutlah"Saidina Othman"tak kala beliau dipilih menjadi khalifah...dengan pedang yang dijulang(moga tak silap)"perbetullah aku sekiranya aku tersilap"!Berapa ramai pemimpin sekarang yang meniru/mengikut cara saidina Othman?
ReplyDeleteAssalam...pembetulan...bukan saidina Othman...saidina Abu Bakar..maaf admin.
ReplyDelete