Wednesday, October 22, 2014

Anwar: Lantik Rafizi bukan nak ikat Azmin

21/10/14

 
  Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pelantikan Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung PKR untuk "mengikat" timbalan presiden parti itu Azmin Ali.

Anwar secara tegas menyatakan pelantikan Rafizi dibuat untuk menyediakan "pasukan terkuat" PKR dalam menghadapi cabaran politik menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang.

"Kenapa nak ikat dia (Azmin)? Kita sokong dia sebagai menteri besar. Kita sokong dia timbalan presiden.

“Mengapa Umno nak lagakan? Kita perlukan pasukan padu dan (perlukannya) sekarang ini," kata beliau semasa sidang media majlis jelajah rakyat hakim negara di Klang hari ini.

Pelantikan Rafizi dan beberapa pemimpin yang dianggap "pro-Anwar" kepada beberapa jawatan penting PKR dilihat oleh penganalisis sebagai cara beliau mengekang pasukan Azmin dalam parti.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment