14 Oct 2014
DAP tidak berpuas hati dengan jawapan Parlimen yang diterima mengenai
perkembangan siasatan kematian Teoh Beng Hock yang telah dianggap
sebagai kematian dalam tahanan.
Teo Kok Seong (DAP-Rasah) berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis sepatutnya memberi maklumat dan tindakan terperinci terkini kes berprofil tinggi itu.
Sebaliknya, bukan memberi jawapan bahawa mereka tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan, katanya.
"Jawapan KDN. Terlalu pendek untuk berprofile tinggi ini, nampak seperti tak ambil serius hal ini. Jawapan tak nak ganggu siasatan. Bukan alasan.
"Adakah mereka yang soal siasat? Adakah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sudah dipanggil?" soalnya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Pagi ini Teo yang juga ketua Pemuda DAP menerima jawapan bertulis bahawa KDN tidak bercadang mengulas lanjut kes kematian Teoh pada 2009 memandangkan siasatan masih berjalan.
Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 telah memutuskan kematian Teoh sebagai kematian dalam tahanan dan bukannya membunuh diri.
Bagaimanapun DAP mendesak agar pihak yang terlibat didakwa menyebabkan kematian bekas pembantu Khas kepada Exco DAP Selangor Ean Yong Hian Wah itu.
Sementara itu MP Kota Melaka Sim Tong Him dalam sidang media sama berkata kegagalan memberikan maklumat itu menunjukkan kerajaan tidak telus dan tegas menangani kes ini.
"(Jawapan) Bukan sahaja bagi maklumat pada keluarga tetapi keyakinan pada orang awam.
"KDN perlu jelaskan lebih efisyen, mahkamah sudah putuskan mari dalam tahanan jadi jelas perlu beritahu," kata Sim.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment