Monday, October 20, 2014

Demi Makan, Gadis Ini Rela Jual Diri

20/10/14

Demi Makan, Gadis Kenya Rela Jual Diri
NAIROBI – Krisis ekonomi sedang melanda Kenya. Bahkan akibat hal itu, seorang gadis di sana rela menjual dirinya demi boleh mendapat makanan.
 
Menurut data PBB, Kenya memiliki sekitar 30 ribu pekerja seks kanak-kanak. Terutama, di sepanjang pantai pelancungan berpohon kelapa. Permasalahan pelacuran kanak-kanak tersebut secara luas diakui sebagai hal penting yang perlu ditangani oleh penegak undang-undang setempat secara lebih kuat.
 
Brittanie Richardson, seorang yang menentang pekerja seks kanak-kanak di Kenya, melihat satu keadaan yang sangat memilukan ketika melakukan kunjungan rutin bertemu keluarga mangsa  di sana.
 
“Ruangan itu penuh dengan orang. Lelaki, perempuan, ibu dan anaknya juga di sana. Itu salah satu hal di mana anda merasa harus mencuba dan menjadi kesatria berbaju besi, serta mencuba mengambil anak itu," kata Richardson kepada Reuters,  20/10/2014 .
 
Di Nairobi, kebanyakan anak yang kelaparan sering menjual dirinya untuk sejumlah koin atau makanan. Richardson pun sangat sedih melihat keadaan tersebut.
 
“Namun, saya cuba mengingatkan diri saya. Saya boleh mengambil anak ini sekarang dan menjadi musuh di komuniti ini, atau saya duduk dan membuat satu hubungan dengan mereka. Keadaan di sana mematahkan hati saya, pemerkosaan satu keadaan yang biasa. Ketika dia sudah selesai, dia duduk dan memakan telurnya,” lanjut lelaki 27 tahun itu.
 
Nairobi merupakan kota dengan 3.1 juta penduduk, dan menjadi rumah bagi dua juta penghuni kawasan kumuh. Populasi kumuh di ibu kota Kenya itu sendiri tumbuh 6 peratus setiap tahunnya.
Sumber: Okezone.com

No comments:

Post a Comment