5/10/14
Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Syazwan Msar
Rompin: Enam sekeluarga terkorban ketika dalam perjalanan pulang
menyambut Aidiladha di kampung halaman mereka dalam kemalangan di
Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Cenderawasih,
kira-kira 8 malam tadi.
Kemalangan
berkenaan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas ekspres, Perodua
Myvi dan Perodua Alza.Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan
Johari Jahaya, berkata
enam sekeluarga terbabit yang menaiki Alza dalam perjalanan dari
Segamat, Johor, menuju ke Kuantan.
Sehingga malam tadi, katanya, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Sehingga malam tadi, katanya, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kejadian berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki enam sekeluarga iaitu tiga lelaki, dua perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Akibatnya, kenderaan berkenaan merempuh bas yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat. Perodua Myvi yang berada di belakang Alza berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan itu," katanya ketika dihubungi, malam tadi.
Mangsa yang maut
1) Azhar Mat Ali
Umur: 43 tahun
Alamat : No. 22 Kg Parit Pasir Lama 81500 Pekan Nenas Johor.
2) Siti Habibah Kasbon
Umur: 43 tahun
Alamt: No. 246 Blok 10 Felda Air Tawar 5, 81900 Kota Tinggi Johor.
3) Zaliha Johar
Umur: 42 tahun
Alamat: No. 22 Kg Parit Pasir, 81500 Pekan Nenas, Johor.
myMetro
No comments:
Post a Comment