PUTRAJAYA 28 OKT: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal
Sri Ram mengetuai pasukan peguam Anwar dalam perbicaraan terakhir kes
Fitnah 2 di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini.
Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim
Negara, Tun Arifin Zakaria manakala seorang panel hakim, Ahmad Maarop
digantikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ramly Ali.
Dalam hujahnya, Gopal berkata meskipun menghantar surat peletakan
jawatan selepas tarikh mendakwa diliwat, Saiful Bukhari Azlan tetap
datang ke rumah Anwar dan menyajikan minuman kepada tetamu.
Beliau menceritakan pertemuan Saiful dengan doktor Pusrawi, Dr
Mohamed Osman Abdul Hamid, di mana satu objek plastik dikatakan
dimasukkan ke dalam duburnya.
“Namun, Saiful menafikan membuat kenyataan itu. Pada pertemuan dengan
Dr Osman, dia berkata dia telah diliwat dan (dia) dirujuk ke Hospital
Kuala Lumpur,”
Gopal berkata, tiga doktor yang memeriksa Saiful mendapati tidak ada
tusukan berlaku dalam dubur Saiful. Pemuda itu kemudian bertemu dengan
DSP Jude Pereira dan membuat laporan polis.
Malaysiakini melaporkan, Gopal berkata dua set seluar dalam Saiful
dikemukakan dan salah satu seluar dalam itu telah dibasuh dan basah.
Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu
tetapi memepunyai bekas air mani.
Gopal berhujah, pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan keputusan
Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dan mengemukakan rayuan kepada
Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan kemudian menjatuhkan hukuman penjara
lima tahun ke atas Anwar.
Menurut Gopal, Mahkamah Rayuan telah silap dengan menganggap Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai.
Terdahulu, Ketua umum keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di
Mahkamah Persekutuan Putrajaya tepat pukul 8.40 pagi. Beliau ditemani
oleh isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya
termasuk Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah.
Ketibaan Anwar disambut dengan laungan reformasi oleh ratusan penyokong yang menunggu sejak awal pagi.
Bagaimanapun berlaku sedikit kekecohan apabila pagar yang memisahkan
ruang legar mahkamah dirempuh penyokong-penyokong beliau yang mahu
mendekati dan bersalam dengan anwar.
Turut hadir pemimpin tertinggi KEADILAN seperti Timbalan Presiden,
Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua dan Setiausaha Agung
KEADILAN, Rafizi Ramli.
suara keadilan
No comments:
Post a Comment