KUALA LUMPUR: Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan
pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8% daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah berkenaan 97.1% atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik sementara bakinya RM16.2 bilion (2.9%) merupakan pinjaman luar pesisir.
Katanya, kedudukan hutang kerajaan ini kekal terurus di bawah 55% daripada KDNK dan dikatagorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
Menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Najib berkata, sehingga kini kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.
"Ini adalah hasil daripada pengurusan hutang yng berhemat di mana pinjaman dibuat hanya untuk membayai perbelanjaan pembangunan dan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.
"Bayaran khidmat hutang merujuk kepada faedah ke atas pinjaman merupakan bayaran tanggungan mandatori yang perlu diberi keutamaan dan dikatagori di bawah peruntukan tanggungan T13," ujarnya.
Tambahnya, bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3% daripada hasil, masih jauh di bawah paras 15% seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal.
Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2010 adalah sebanyak RM407.1 bilion (51.1%) daripada KDNK, 2011 sebanyaj RM456.1 bilion (51.5%), 2012 sebanyak RM501.6 bilion (53.3%) dan bagi tahun 2013 pula RM547.6 bilion (54.7%) daripada KDNK. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

No comments:
Post a Comment