Jumaat, 31 Oktober 2014
HARI ke empat hari ini perbicaraan kes rayuan Fitnah Liwat II ke atas DS
Anwar Ibrahim. Ada isu lama dan tak kurang juga ada cerita baru yang
telah dibongkar di dalam mahkamah sepanjang perbicaraan.
Aku tertarik dengan kisah seluar dalam Sepol. Ceritanya seperti yang
diulas oleh peguam dari PAS, YB Hanipa Maidin adalah kisah umpama
"seluar dalam A" dan "seluar dalam B". Seluar dalam A adalah seluar
dalam yang dipakai oleh Sepol sewaktu kononnya beliau diliwat oleh
seorang insan tua bernama Anwar. Seluar dalam B pula adalah seluar
dalam yang dipakai oleh Sepol sewaktu beliau membuat laporan Polis
mengaku dirinya diliwat secara paksa oleh Anwar dua hari selepas
kejadian kononnya berlaku.
Kita jangan lupa, Sepol ada menceritakan dalam mahkamah seluar dalam
beliau ada tertinggal di rumah tunangnya. Seluar dalam itu adalah
seluar dalam A yang katanya telah dibasuh oleh ibu tunangnya. Kelakar
tak, ada insan yang sanggup suruh ibu tunang (bukan bini) untuk basuh
seluar dalam? Kelakar tak, Sepol sanggup simpan bukti DNA dalam
bontotnya selama dua hari tanpa dicuci bontot, tahan untuk buang air
besar, tak cuci bontot walaupun mandi hadas besar untuk Solat, tetapi
boleh buang kesan DNA pada seluar dalamnya? Seluar dalam A itu dicuci
maka hilanglah kesan bukti. Mengapa dicuci jika Sepol memang berniat
untuk simpan bukti? Dalam bontot susah payah dia simpan, seluar dalam
tidak mahu simpan? Pelik, kan?
Pelik lagi ajaib, dikatakan bukti DNA (sperma) boleh ditemui pula pada
seluar dalam B iaitu seluar dalam yang dipakai oleh Sepol sewaktu
membuat laporan Polis dua hari selepas kejadian. Kelakar, seluar dalam
yang dipakai sewaktu diliwat tiada kesan sperma, tetapi seluar dalam
yang tidak dipakai sewaktu kejadian liwat boleh ada kesan sperma.
Itulah di antara keajaiban yang berlaku dalam setiap kes yang menimpa
Anwar.
Jika dalam kes fitnah Liwat I dulu, pertuduhan dipinda 3 kali kerana
tarikh kejadian tidak tepat. Anwar dituduh meliwat Azizan Abu Bakar di
dalam kondo yang waktu itu belum pun siap dibina. Maka, tarikh kejadian
di dalam pertuduhan itu dipinda. Kali ini isu seluar dalam pula menjadi
pelik. Itu belum dikira beberapa cerita lain. Cerita jumpa Najib
kononnya untuk mohon biasiswa walaupun waktu itu Sepol telah berhenti
belajar. Cerita bagaimana begitu mudahnya sepol dapat jumpa Najib di
rumahnya tanpa ada temujanji seperti kelaziman orang biasa. Kena rogol
atau liwat, mengadu pada PM? Pelik, bukan?
Apa pun kita harap rakyat celik mata tentang fitnah jahat dan jijik ini.
Hari ke empat hari ini, kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu
benar-benar menunjukkan tidak semua pimpinan PR yang hilang fokus
melawan kezaliman. YB Kamarudin Jaafar juga hadir hari ini. Sebelum
ini, YB Khalid Samad, Hanipa, Saari Sungip, Suhaizan Kayat (Ketua Pemuda
PAS), Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar, Mujahid dan beberapa yang lain
telah hadir. Terima kasih kepada mereka kerana sedar ini bukan isu
Anwar tetapi ini simbol kezaliman oleh rejim.
Jangan lupa, penuhi dataran Mahkamah Kehakiman Putrajaya pada hari Isnin
ini nanti. Takdir bakal menentukan "Rakyat Hakim Negara" .
No comments:
Post a Comment