Tuesday, October 14, 2014

Korea Utara Sebut Banyak Jasad Tentera AS yang Terlantar Perlu Dipindahkan

13/10/14

 
Gambar hiasani
Pyongyang - Pihak berkuasa Korea Utara (Korut) memperingatkan Amerika Syarikat mengenai banyaknya jasad tentera AS yang diabaikan. Diperkirakan ada ribuan tentera AS yang terbunuh sepanjang Perang Korea puluhan tahun silam.

Jasad-jasad tentera AS tersebut terpaksa   dipindahkan kerana adanya projek pembangunan infrastruktur di Korea Utara. Menurut data Kementrian Pertahanan AS, hampir sebanyak 8 ribu tentera AS masih belum dievakuasi ketika perang Korea 1950-53 silam.

"Banyak jasad yang ditinggalkan begitu saja tanpa dirawat dan terpaksa dievakuasi secara massal," ujar jurucakap delegasi militer Korea Utara di desa perbatasan Panmunjom, seperti dilansir AFP, Isnin (13/10/2014).

Dalam pernyataan tertulisnya, jurucakap  tersebut menyatakan, pemindahan jasad tentera-tentera AS tersebut disebabkan adanya projek konstruksi besar-besaran, termasuk pusat tenaga hidro-elektrik.

Dari tahun 1996, Korea Utara dan militer AS melakukan 22 misi pencarian 225 jasad tentera AS yang gugur dalam Perang Korea. Namun proses tersebut terhenti tahun 2005 lalu, ketika Menteri Pertahanan AS ketika itu, Donald Rumsfeld merasa keselamatan psukan AS di Korut tidak boleh dijamin di tengah adanya ketegangan nuklir.

Kedua pihak sepakat untuk melanjutkan misi gabungan tersebut pada tahun 2011 lalu. Tapi kemudian AS secara sepihak membatalkan kesepakatan tersebut, untuk memprotes keputusan Korut melakukan ujian peluru berpandu.

"Sejarah akan mengutuk dan mengecam pemerintah AS ... kerana mengabaikan kerja kemanusiaan semacam itu," sebut juru acakap Korea Utara.

Secara terpisah, jurucakap Tentera AS di Korea Selatan menyangkal pernyataan Korea Utara  dan menyebutnya sebagai tudingan yang biasa dilontarkan mereka.


Pihak berkuasa  Korea Utara sebelumnya juga menggunakan isu tentera AS yang hilang untuk memancing dialog empat mata dengan AS. Selama misi gabungan dilakukan sebelumnya, Korea Utara dilaporkan meraup jutaan dolar AS dari kerjasama dengan AS
 sumber:detikNews

No comments:

Post a Comment