sinarharian
KUALA LUMPUR - "Kami akan menggunakan segala ruang dan media untuk
meraih sokongan pengundi," ujar AJK Dewan Ulama Pas, Nasruddin Hassan.
Menurutnya ketika ditemui Sinar Harian Online hari ini, laman sosial seperti Facebook dan Twitter memberikan ruang kepada ahli Pas untuk melontar pandangan bermanfaat buat pengikut dan pembacanya.
"Tidak dinafikan generasi muda adalah kelompok generasi paling besar. Dan mereka adalah kumpulan terbesar yang menggunakan laman sosial di negara ini.
"... Dari situ kami boleh berinteraksi dengan rakyat dan penyokong," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke atas mangsa ribut di Flat Loke Yew, di sini, hari ini.
Beliau juga yakin ahli politik atau pemimpin Pas yang menulis melalui laman sosial akan bertanggungjawab terhadap idea dan pandangan masing-masing.
Sementara itu, AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan sudah menjadi kelaziman bagi pemimpin atau ahli parti menjadikan laman sosial untuk meluah pandangan masing-masing.
Katanya, ia kerana mereka sudah terbiasa dengan peranan media baharu yang dikatakan sebagai penyalur maklumat kepada masyarakat.
"Kami sudah biasa dengan media baharu. Ini adalah platform bagi rakyat untuk mendapatkan berita terkini selain dari televisyen.
"Media kedua (laman sosial) sentiasa menjadi penghubung kami kepada masyarakat. Saya bukan hanya tulis (status di facebook), saya baca komen menarik dan buat kesimpulan atas pandangan mereka (rakyat)," jelasnya.

No comments:
Post a Comment