Tuesday, October 28, 2014

Laungan reformasi bergema di Istana Kehakiman

MUHAMMAD FAIZAL | .
PUTRAJAYA: Laungan reformasi terus bergema di perkarangan Istana Kehakiman sebagai sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dianggarkan hampir seribu orang penyokong Pakatan Rakyat hadir termasukan pengamal media dalam dan luar negara bagi mengikuti perbicaraan‎ hari ini.

Anwar yang tiba pada jam 8.30 pagi bersama isteri dan anak-anaknya turut disambut dengan laungan reformasi‎, turut kelihatan bersama Ketua Pembangkang itu adalah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Dalam pada itu, penyokong Pakatan Rakyat dilihat cuba merempuh pagar besi penghalang apabila pihak polis enggan membenarkan mereka memasuki Istana Kehakiman.

Namun tindakan tersebut dapat ditenangkan pihak polis tanpa sebarang insiden buruk yang berlaku.

Sementara itu, hanya 18 pengamal media yang berdaftar dan dipilih‎ oleh pihak polis, mengikut sumber dibenarkan masuk ke dalam kamar mahkamah bagi mengikut perbicaraan tersebut.

Dalam perkembangan lain, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram telah mengantikan Datuk Sulaiman Abdullah yang terpaksa menarik diri kerana tidak sihat.

Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria‎ yang dibantu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.‎ - HARAKAHDAILY 28/10/2014

No comments:

Post a Comment