Sunday, October 5, 2014

Lelaki Mengahwini Mantan Ibu Tiri

  5 Oktober 2014  
 
  Elisabeth dan Eric 

PARIS,   Seorang lelaki di Perancis mengahwini mantan isteri ayahnya, setelah melalui proses mahkamah yang berlangsung selama berbulan-bulan.

Perkahwinan Eric Holder (45 tahun) dan mantan ibu tirinya Elisabeth Lorentz (48), berlangsung di desa Dabo, dekat kota Metz, Perancis.

Mantan suami pengantin perempuan, ayah Holder, juga dilaporkan berada di antara puluhan tetamu pada upacara tersebut.

Hukum Perancis melarang semua perkahwinan antara anak tiri dan orangtua tiri. Namun mahkamah memutuskan untuk memperbolehkan pasangan tersebut menikah.
Pejabat pendakwa sebenarnya menentang keputusan mahkamah tersebut, tetapi memutuskan untuk tidak mengajukan rayuan.

Pasangan itu sebelumnya berusaha keras memperjuangkan perkahwinan mereka hingga melayangkan surat ke pejabat Presiden Francois Hollande - hanya untuk mendapatkan surat yang menyatakan bahawa perkahwinan tersebut dilarang.

Setelah mahkamah memperbolehkan perkahwinan tersebut, Elisabeth Lorentz mengatakan, "Akhirnya, ini adalah hari besar yang ditunggu!"

"Saya hanya berharap bahawa kisah kami akan berguna bagi pasangan lain yang berada dalam situasi yang sama, kerana saya mengetahui ada beberapa pasangan yang mengalami ini juga," katanya kepada kantor berita AFP.
sumber Kompas.com

No comments:

Post a Comment