Shah
Alam: Tiga sahabat bekas pelajar kolej dijatuhi hukuman gantung sampai
mati oleh Mahakamah Tinggi di sini, pagi ini selepas didapati bersalah
membunuh seorang pensyarah dan bapanya dua tahun lalu.
Hakim Abdul
Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Zul Shahril, 22,
Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, selepas
mendapati pembelaan mereka hanya bersifat penafian semata-mata.
Suasana mahkamah menjadi sayu apabila ibu tertuduh pertama pitam selepas memeluk anaknya yang sedang dibawa keluar.
Ibu
dan isteri mangsa Normaliah Mahmood, 53, bagaimanapun kelihatan keluar
dari kamar mahkamah sebelum keputusan dibacakan berikutan tidak sanggup
mendengar penghakiman dibacakan.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan membunuh pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, antara jam 1.30 dan 2.30 pagi 9 Mac 2012.
Article source: http://www.hmetro.com.my/node/5321
No comments:
Post a Comment