DALAM
pembentangan Bajet 2015 pada hari Jumaat yang lalu, YAB Perdana Menteri
dengan megah mangatakan bahawa Malaysia ini terbina atas usaha Barisan
Nasional dan walaupun mengalami pelbagai krisis dan dugaan mutahir ini,
Malaysia melangkah gagah dengan banyak catatan pencapaian di peringkat
global, antaranya:
Memperbaiki kedudukan dalam Laporan World Competitiveness Index 2014,
menduduki tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun sebelumnya.
Kedudukan tersebut menunjukkan kita lebih kompetitif berbanding United
Kingdom, Australia dan Finland;
Menduduki tangga ke-3 terbaik daripada 22 buah negara bagi penilaian Best Emerging Markets yang dikeluarkan oleh Blomberg;
Menduduki tangga ke-6 daripada 189 buah negara, dalam Laporan Ease of
Doing Business oleh Bank Dunia, di mana kita menduduki tangga pertama
dalam aspek mendapatkan kemudahan pembiayaan.
Apa yang menarik ialah, nampaknya YAB Perdana Menteri hanya berani menyatakan laporan-laporan atau indeks-indeks antarabangsa yang menunjukkan betapa Malaysia adalah sebuah negara yang “business-friendly” tetapi langsung mengenepikan dan mendiamkan diri dalam laporan-laporan dan indeks-indeks yang menunjukkan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa dalam isu-isu integriti, kebebasan media, ketelusan, perang terhadap rasuah dan akauntabiliti.
Masalah kita pada hari ini bukannya Malaysia ini tidak “business-friendly” tetapi masalahnya ialah Malaysia dilihat sebagai “corruption-friendly”. Kalau YAB Perdana Menteri menggunakan 3 indeks untuk menunjukkan betapa hebatnya Malaysia di bawah pentadbiran BarisanNasional, saya juga ingin menggunakan 3 contoh indeks antarabangsa untuk membuktikan betapa teruknya pemerintahan Barisan Nasional, antaranya:
Dalam Indeks Perspesi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini lebih teruk dari zaman Tun Dr Mahathir di mana pada tahun terakhir pentadbiran Tun Mahathir iaitu tahun 2003, Malaysia masih berada di kedudukan ke-37. Bukan itu sahaja, malah persepsi rasuah di Malaysia pada hari ini lebih teruk daripada negara-negara seperti Rwanda, Estonia dan Botswana yang mempunyai ranking yang lebih baik daripada Malaysia.

Dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat
ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram atau
(illicit financial outflows) yang berjumlah USD370.38 billion di antara
tahun 2002-2011.Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia
lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan
Venezuela.
Dalam Laporan World Press Freedom Index 2014 yang dikeluarkan oleh
Reporters Without Borders, Malaysia mendapat tempat ke-147 daripada 180
negara yang diselidik dari segi tahap kebebasan media mereka. Ini
bermakna tahap kebebasan media di Malaysia lebih teruk daripada
negara-negara seperti Myanmar, Ehthiopia, Burundi, Cameroon dan
Mozambique.
Hasil Kerajaan
Masalah terbesar dalam Bajet Kerajaan Persekutuan bukannya kita kekurangan hasil tetapi pertambahan hasil yang sebesar mana pun tidak akan dapat menampung perbelanjaan yang tidak terkawal sekiranya tidak ada usaha untuk menutup lubang kebocoran kewangan negara akibat daripada ketirisan, pembaziran dan rasuah yang berleluasa dalam perbelanjaan sektor awam.
Hakikatnya, jumlah hasil yang dipungut oleh Kerajaan Persekutuan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun walaupun sebelum GST dilaksanakan. Pada tahun 2000 semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir, jumlah hasil negara hanya RM61.8 billion. Pada tahun 2008, semasa era Tun Abdullah Badawi, hasil negara meningkat ke tahap RM159.8 billion. Pada tahun 2013, dalam era YAB Pekan, jumlah hasil negara mencecah RM213.3 billion! Tahun 2015, anggaran hasil Negara mencecah RM235.2 billion.
Kalau dilihat dalam tempoh 15 tahun ini, hasil negara telah meningkat lebih 3 kali ganda walauipun tanpa pelaksanaan GST. Tetapi dalam tempoh tersebut juga, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan tidak pernah berimbang dan sentiasa mengalami defisit.
Hutang Negara
Perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal ini yang disebabkan oleh ketirisan, pembaziran dan rasuah menyebabkan hutang negara memuncak sehingga 54.7% KDNK atau RM540 billion pada tahun 2013 tanpa mengambil kira hutang yang dipinjam secara tidak langsung oleh Kerajaan atau “contingent liability” dan pinjaman-pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan seperti hutang IMBD dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment