8/10/14
Kuala Lumpur: Menyamar sebagai ejen rasmi Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (JKDM) mahupun pegawai kastam menjadi taktik ampuh digunakan
individu tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai kononnya
menawarkan kenderaan mewah dan telefon bimbit dengan harga murah sebelum
menghilangkan diri.
Harian Metro difahamkan suspek yang menyamar sebagai ejen rasmi menjual kereta itu tidak akan bertemu dengan mangsanya sebaliknya hanya berurusan melalui panggilan telefon. Suspek akan menghilangkan diri selepas menerima deposit wang ataupun tempahan.
Manakala bagi kes penipuan penjualan telefon bimbit, ada kes suspek yang menyamar sebagai pegawai kastam dilapor menggunakan pejabat JKDM untuk memperdaya mangsanya.
Bagi kes penipuan penjualan telefon bimbit yang dilaporkan berlaku hujung tahun lalu itu, sumber JKDM memberitahu Harian Metro bahawa suspek menggunakan pejabat kastam di Kelana Jaya untuk meyakinkan mangsanya.
“Suspek yang mendakwa mahu menjual telefon bimbit seperti Blackberry ataupun Iphone dengan harga murah akan meminta mangsa (pembeli) bertemu dengannya di pejabat kastam.
myMetro

SEORANG mangsa penipuan menunjukkan laporan polis dan mesej yang diterima melalui telefon bimbit.
“Suspek yang mendakwa mahu menjual telefon bimbit seperti Blackberry ataupun Iphone dengan harga murah akan meminta mangsa (pembeli) bertemu dengannya di pejabat kastam.
myMetro
No comments:
Post a Comment