Sunday, October 12, 2014

Pengorbanan Seorang Ayah Berjualan Tuala Wanita Untuk Pengubatan Anaknya

11/10/14

 
 Foto: copyright shanghaiist.com
  Seorang lelaki berkacamata dengan wig kemerahan dan pakaian ala wanita terlihat sedang duduk menanti pembeli di pinggir sebuah taman di Kota chengdu, China. Disampinganya terlihat seorang anak perempuan kecil tanpa rambut di kepalanya sedang menemani lelaki itu yang merupakan ayahnya.

Aneka jenama tuala wanita tertumpuk dihadapan keduanya. Dan selembar kad bertuliskan "Saya menjual tuala wanita untuk mengumpulkan wang untuk menyelamatkan anak saya yang masih berusia 2 tahun. Saya berharap anda berbaik hati dan menolong kami" cukup menjelaskan semuanya.

Penampilan asli Wang Hai Lin tanpa wig dan baju wanita. | copyright shanghaiist.com 
Penampilan asli Wang Hai Lin tanpa wig dan baju wanita. | copyright shanghaiist.com
 
Dia adalah ,lelaki berusia 32 tahun ini sebenarnya bekerja sebagai chef di sebuah hotel. Namun, semenjak puterinya didiagnosa menderita Leukemia, wang dan tabungannya habis untuk rangkaian kemoterapi dan ubat untuk puteri mungilnya itu.

Kerana isterinya juga bekerja, Wang Hai Lin mengajak serta puterinya yang gemar menari dan menyanyi ketika berjualan tuala wanita. Tak sampai disitu saja pengorbanan lelaki  ini untuk puterinya, setiap harinya dia berpakaian seperti wanita agar pembelinya merasa selesa  membeli tuala wanita darinya. Baginya, puterinya yang baik dan penurut adalah segalanya.

Semoga si gadis kecil segera diberi kesembuhan sehingga bapak Wang Hai Lin dan keluarga dapat hidup tenang dan bahagia.

(vem/cha)


diedit dari  Vemale.com

No comments:

Post a Comment