Gabungan persatuan artis dan pekerja industri kreatif terkenal hari ini
menyeru semua penonton memboikot dengan menutup TV selama tiga jam mulai
8 malam pada 11 November depan.Mereka menggesa kerajaan agar campur tangan dalam isu kadar harga yang dibayar oleh stesen televisyen tempatan untuk isi kandungan program TV.
Pengerusi gabungan itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata satu pertemuan sedang diatur dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menyampaikan "permintaan-permintaan" tersebut.
"Saya sangat positif, satu perkara baik akan berlaku pada 11 November ini," kata Jurey kepada wartawan selepas sidang media pagi ini.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment