- Za Zuri sambil meriba anaknya Nur Fatihah merenung isterinya yang hilang penglihatan dan urusan harian kedua-dua itu banyak dibantu Amira (kanan).
TUMPAT – Dugaan datang tanpa disangka. Seorang suami terpaksa
menguruskan rumahtangga dan tiga anak bersendirian apabila isterinya
ditakdirkan hilang penglihatan akibat kencing manis.
Sejak isterinya, Wan Habsah Wan Yunus, 39, sakit setahun lalu, Za Zuri Ibrahim, 41, tidak dapat keluar bekerja sebagai pemetik kelapa kerana tiada sesiapa yang dapat menguruskan makan minum isterinya dan dua anak orang kurang upaya (OKU), Nur Fatihah, 17, dan Muhamad Azam, 15.
Manakala anak bongsunya, Amira Tufahima, 8, terpaksa berhenti sekolah kerana membantu Za Zuri menjaga ibu dan kakaknya. Namun begitu, Muhamad Azman yang mengalami cacat pendengaran masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu.
Za Zuri berkata, kini dia hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepenuhnya sebanyak RM450 untuk meneruskan hidup.
“Wang itu tidak cukup untuk saya sekeluarga, apatah lagi Nur Fatihah masih memakai lampin pakai buang manakala isteri saya kadang kala perlu dipakaikan lampin pakai buang.
“Disebabkan masalah kewangan, bil elektrik saya tertunggak, sekarang saya buntu untuk menjelaskan bil itu dan perbelanjaan makan minum kami sekeluarga,” katanya yang tinggal di Kampung Tok Malik di sini.
Menurutnya, dia bukan menagih simpati kerana sebelum ini sudah banyak pihak membantunya seperti bantuan sebuah rumah dan sumbangan motosikal roda tiga daripada Risda.
“Dengan bantuan sebelum ini, saya mampu hidup berdikari dan keluar daripada kepompong kemiskinan.
“Saya juga dapat membeli sebuah kereta Proton Saga terpakai berharga RM3,500 ketika mendapat rezeki lebih mengambil upah memetik kelapa beberapa tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, sebagai ikhtiar untuk mendapatkan wang tambahan tetapi dalam masa yang sama dapat menjaga isteri dan anak, dia bercucuk tanam di tanah lapang sebelah rumahnya tetapi pendapatannya tidak seberapa.
“Saya reda diuji sekali lagi meskipun sebelum ini saya berjaya keluar dari kepompong kemiskinan dan mampu hidup berdikari.
“Lapan ekor beruk saya juga sudah dijual kerana tiada wang untuk belanja makan minun kami sekeluarga,” katanya.
Za Zuri pernah membuat tuntutan Perkeso kerana menyangka kecacatan isterinya itu mendapat pampasan tetapi ditolak kerana tidak menghidap keilatan.
Katanya, isterinya pernah bekerja kilang di Johor selama 10 tahun dan beberapa kilang di sekitar Kota Bharu suatu ketika dulu.

No comments:
Post a Comment