11/10/14
Senator K Bathmavathi berkata, kenaikan RM50 bagi bantuan kebajikan
bulanan orang kurang upaya (OKU) sangat rendah berbanding keperluan
masyarakat tersebut.
Senator OKU itu juga berkata, beliau berulang kali menuntut agar jumlah bantuan RM300 untuk penerima yang bekerja dinaikkan kepada RM500, dalam tiga sesi parlimen yang lalu.
"Pada sesi parlimen bulan Disember, April dan Jun, saya telah bertanya secara khusus untuk kenaikan elaun daripada RM300, yang mana itu jumlah yang mereka perolehi, kepada RM500.
"Jadi sekurang-kurangnya ia merupakan satu peningkatan yang bermakna," katanya,
Tambahnya, beliau juga telah meminta supaya elaun OKU yang tidak bekerja dinaikkan dari RM150 kepada RM300.
"Tetapi, apa yang dibentangkan di Parlimen hari ini adalah sangat, sangat mengecewakan. Kenaikan hanyalah RM50, ia langsung tidak bermakna," katanya lagi.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment