19 Oct 2014
NGO Pusat Penggempur Rasuah dan Kronisme (C4) meminta supaya peguam
negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhenti “menyalah guna” kuasan
terhadap perjanjian penstrukturan air Putrajaya-Selangor.
Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel (bawah) berkata, laporan yang mengatakan keengganan peguam negara mendedahkan butir perjanjian itu tidak menghairankan walaupun ia mengecewakan.
"Kami melihat tindakan terbaru peguam negara sebagai penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan dan menyokong Menteri Besar Selangor Azmin Ali menuntut alasan bertulis dan rasmi daripada peguam negara pendedahan umum tidak dapat dilaksanakan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam berkata, perjanjian air tidak boleh didedahkan kepada umum atas nasihat daripada peguam negara.
Sementara itu, Cynthia berkata lagi, pergelutan berpanjangan berkaitan rundingan perjanjian air telah menjadi satu topik perbualan orang ramai.
"Jadi, ia penting untuk mendedahkan maklumat tersebut untuk pemahaman dan penelitian. Maka apakah yang menyebabkan perjanjian itu diletakkan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)?
"Adakah kerajaan takut untuk berkongsi maklumat dengan rakyatnya sendiri? Mengapa perlu untuk mereka menahan maklumat perjanjian itu?" soalnya.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment