Tuesday, October 7, 2014

Tak bayar wang perlindungan, 18 kereta mewah dibakar

 7/10/14

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
( myMetro ) Kuala Lumpur: Sebuah premis menjual kereta import terpakai musnah dipercayai dibakar kumpulan kongsi gelap selepas pemilik premis itu dikatakan enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan terbabit dalam kejadian di Batu 4, Jalan Ipoh, awal pagi semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 2.30 pagi, seorang pekerja premis dikatakan melihat kelibat dua lelaki mencurah petrol sebelum membakar tempat meletak kereta terpakai yang mengakibatkan 18 kereta pelbagai model hangus terbakar.
Sumber berkata, sebaik melihat pekerja terbabit, dua suspek itu melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang premis dan terus menghilangkan diri.
“Pekerja berkenaan tidak sempat mengejar dua suspek kerana api marak merebak ke belakang premis sebelum dia menghubungi bomba bagi memadamkan kebakaran,” kata sumber.
FotoANTARA kereta yang musnah dalam kebakaran disyaki dilakukan kumpulan kongsi gelap.

Harian Metro difahamkan, ini adalah kejadian ketiga dalam tempoh setahun di mana premis itu cuba dibakar kumpulan kongsi gelap di kawasan Sentul, di sini selepas pemilik premis tidak menurut kemahuan mereka untuk membayar wang perlindungan RM10,000, sebulan.

No comments:

Post a Comment