Tuesday, October 28, 2014

Tak berlaku rempuh pagar jika UM beri kebebasan

MUHAMMAD FAIZAL | .
PUTRAJAYA: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz  Omar menyifatkan apa yang berlaku di Universiti Malaya (UM) termasuk rempuhan pagar oleh mahasiswa malam tadi adalah disebabkan kesilapan pentadbiran kampus itu.

Katanya, jika pihak pentdbiran memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk menganjurkan pidato, perkara tersebut tidak akan berlaku.

"Apa yang berlaku itu bukan salah pihak penganjur, mahasiswa ataupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ia merupakan kesalahan pihak pentadbiran.

"Kita merasakan jika keizinan diberikan seperti menggunakan dewan sudah pasti ia berjalan dengan lancar dan tidak akan ada rusuhan sedemikian.

"Sikap degil pentadbiran menyebabkan penganjur atau mereka yang hadir terpaksa merempuh masuk," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengambarkan tiada kebebasan yang berlaku di dalam pentadbiran universiti sekarang sekalipun ada fakulti Sains Politik dan undang-undang.

"Sains politik dan perundangan diajar di UM, tetapi ia tidak bermakna jika pelajar dikongkong sepenuhnya untuk mengerti apa itu politik sebenarnya.

"UM perlu memberi sepenuhnya ruang kepada mahasiswa untuk mereka mendekati dunia politik kerana itu merupakan proses pembelajaran mereka yang sebenarnya," sambung beliau.

Anwar hadir ke UM semalam bagi menyampaikan pidato di Dataran Dewan Tunku Chanselor dalam program '40 tahun: Dari UM ke Penjara'.- HARAKAHDAILY 28/10/2014

No comments:

Post a Comment