4/10/14
Dua orang bekas presiden MCA menyifatkan keputusan jawatankuasa pusat
MCA untuk tidak menjemput Malaysiakini untuk membuat liputan mesyuarat
agungnya sebagai keputusan “keanak-anakan” dan “tidak pernah berlaku
sebelum ini”.
Bekas presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau tidak pernah menyekat mana-mana media dari pembuat laporan ke atasnya, walau laporan tersebut tidak disenanginya.
“Salah jika tidak undang (Malaysiakini), anda perlu jemput mereka. Jika Malaysiakini tidak lapor (mengenai perhimpunan agung), orang lain akan lapor juga,” katanya ketika dihubungi.
“Lebih-lebih lagi, sekarang kita ada Facebook. Anda tidak boleh halang sesiapa dari membuat laporan (mengenai perhimpunan agung).
Ditanya jika MCA enggan menjemput Malaysiakini kerana bimbang portal tersebut membuat kesilapan dalam laporannya, Chua berkata pemimpin parti sepatutnya pandai membuat kenyataan yang bermutu dan tidak memaksa media membuat laporan mereka.
“Ini kebudak-budakan. Anda mesti benarkan media mendapat kebebasan dalam membuat laporan mereka.
“Mungkin kadang kala Malaysiakini lebih suka menulis 'berita pembangkang', tapi inilah kebebasan, seperti pembaca ada kebebasan untuk memutuskan sama ada mahu membaca berita itu atau tidak,” katanya.
Beliau bagaimanapun menggesa media bertindak bertanggungjawab dalam liputan mereka.
Sementara itu, seorang lagi bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat berkata langkah itu tidak pernah berlaku dalam MCA.
“Saya fikir ini tidak pernah berlaku bagi MCA. Ketika saya ketuai MCA, saya tidak pernah halang mana-mana media buat liputan.
“Malah semasa pilihan raya umum, saya benarkan dan jemput (akhbar kerajaan negeri) Selangor Times buat liputan sidang media kawasan saya,” katanya. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment