Tuesday, October 7, 2014

Tentera cantik ini bunuh diri kerana takut ditawan ISIS

7/10/14

Takut ditawan ISIS, tentara perempuan Kurdi pilih bunuh diri
Ceylan Ozalp. @BBC 
Ceylan Ozalp, 19 tahun, tentera wanita Kurdis  menembak dirinya sendiri dengan peluru terakhir ketika baku tembak dengan kelompok Negara Islam Irak dan Syria (ISIS) minggu lalu.

Dia dikhabarkan dikepung pasukan ISIS   dekat Kota Kobane, Syria. Dalam keadaan tersepit itu dia kehabisan amunisi dan melaporkan melalui radio dia
ingin mengucapkan selamat tinggal dengan peluru terakhir, seperti dilapor stesyen  televisyen Al Arabiya, Ahad (5/10).

Peristiwa bunuh diri Ozalp, diikuti pemenggalan tujuh lelaki dan tiga perempuan oleh tentera ISIS di Kobane itu beredar di sejumlah  laman media Turki dan segera menuai kecaman dari pengguna media sosial.

Dalam wawancara dengan BBC bulan lalu Ozalp mengatakan, "Kami tidak takut pada apa pun. Kami akan berperang hingga titisan darah penghabisan. Kami lebih memilih meledakkan diri kami dibanding ditawan ISIS."

Seperti Ozalp, kebanyakan  wanita Kurdis bergabung dengan pasukan gerilya menamakan diri Unit Perlindungan Rakyat Kurdis(YPG).

Sejumlah laporan menyatakan tentera ISIS kerap menjadikan tawanan wanita sebagai budak seks atau isteri.
sumber:merdeka.com

1 comment: