KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil
tanggungjawab segera terhadap permasalahan yang dihadapi para peneroka
dan pekebun kecil berhubung kejatuhan harga komoditi yang semakin
membimbangkan.
Lebih-lebih lagi masalah berkaitan kejatuhan harga komiditi ini sudah dibincangkan bertahun-tahun, namun tiada sebarang jaminan atau langkah progresif dilakukan kerajaan bagi membantu golongan tersebut.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, berkata beliau terus-menerus mendapat aduan daripada peneroka yang semakin hari semakin memperolehi pendapatan yang merosot.
"Tolonglah, kepada kerajaan bantulah para peneroka dan pekebun kecil ini yang bergantung kepada hasil cucuk tanam mereka yang semakin hari semakin menjunam harga pasarannya.
"Kita mahu kerajaan tolong, beri jaminan atau mengambil langkah segera bagi menangani masalah kejatuhan harga komoditi ini," kata beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Tambah Mazlan, sebelum ini pihaknya pernah mencadangkan agar kerajaan menetapkan harga siling bagi pasaran getah dan kelapa sawit, bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil berkaitan cadangan tersebut.
Mazlan berkata harga sawit ketika ini sudah mula jatuh ke paras RM350 hingga RM400 bagi setiap tan, berbanding RM700 bagi setiap tan yang pernah diperoleh sebelum ini.
Keadaan itu, kata Mazlan menyebabkan ada para pekebun kecil dan peneroka yang tidak mendapat RM1,000 pun pendapatannya dalam sebulan.
"Lebih malang lagi kebanyakan peneroka ini pula terpaksa dipotong pendapatannya bagi menyelesaikan hutang-hutang yang membelenggu mereka. Sudahlah hendak dapat RM1,000 pun susah, dipotong lagi dengan potongan-potongan lain," kata Mazlan lagi.
Mengulas lanjut keadaan ini, Mazlan berkata para peneroka bergantung kepada hasil tanaman mereka semata-mata, lebih-lebih lagi setelah pegangan saham Felda Global Ventures (FGV) semakin jatuh sejak disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 2012.
Ketika disenaraikan di Bursa Malaysia, harga saham FGV mula diterbitkan sebanyak RM4.45 dan meningkat sehingga RM5.39, bagaimanapun ia semakin jatuh sehingga hari ini yang mencatatkan kejatuhan saham sebanyak RM3.03 sesaham.
Kata Mazlan, pihaknya tertunggu-tunggu untuk mengadakan pertemuan dengan pihak yang berkaitan bagi menyelesaikan isu tersebut, bagaimanapun sehingga hari ini tiada sebarang respons daripada kerajaan.
"Sekali lagi saya mohon kepada kerajaan, bantulah golongan ini. Tolonglah mereka kerana dahulunya mereka bergantung harap ke atas hasil tanaman dan juga pegangan saham di dalam FGV.
"Tapi, hari ini mereka hanya bergantung kepada hasil tanaman semata-mata yang semakin hari semakin merosot harga pasarannya," kata beliau lagi.
Turut serta pada sidang media tersebut ilah Penasihat Ekonomi Anak, Dr. Rosli Yaakop dan Penolong Bendahari Lajnah Tanah PAS Pusat, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

No comments:
Post a Comment