Selasa, 4 November 2014
JNN
Naoki Ikeda (56).
TRIBUNNEWS.COM, TOKYO - Perasaan iri, ingin mengganggu, tak boleh lihat orang lain bahagia, muncul lah niatnya mengusik ketenangan orang lain.
Gangguan pun bukan kepada satu orang, namun kepada orang ramai,
dengan menaruh botol minuman di rel keretapi sehingga keretapi terpaksa
berhenti. Akhirnya, perjalanan terganggu 8 minit.
Itulah yang dilakukan Naoki Ikeda (56). Kejadian di daerah Setagaya
Tokyo, suspek pengganggu kereta api, bahkan telah empat kali dilakukan
sengaja menaruh botol di atas rel keretapi supaya berlaku kemalangan. Ikeda
kemarin (3/11/2014) ditahan polis dan pelaku mengakui kesalahannya
tersebut.
"Saya tak boleh lihat orang lain bahagia sehingga melakukan hal
tersebut," ungkap polis menirukan alasan pelaku Ikeda menaruh botol di
jalur keretapi sehingga membahayakan perjalanan keretapi.
Ikeda telah melakukan empat kali (sejak Ogos) dan terakhir
dilakukan bulan lalu 24 Oktober. Kelakuannya diketahui kerana tertangkap
kamera pengintip stesyen keretapi Shimotakaido, Tokyo di jalur Keio, dekat persimpangan jalan keretapi.
Akibat perbuatannya, keretapi selalu berhenti di sana selama 8
minit dan mengganggu perjalanan para penumpang serta membuat kacau
jadual perjalanan keretapi jalur Keio tersebut.
"Kelakuan tersebut tampaknya akan semakin banyak, orang aneh Jepun
akan makin ramai dalam waktu mendatang, seperti yang dilakukan Ikeda,
kerana kesulitan ekonomi ketika ini dan suasana tak terawat keluarga.
Mungkin dia tak terawat keluarga lagi, sehingga jadi aneh seperti itu,"
papar Akira Shimomura seorang pengusaha Jepun kepada Tribunnews.com mengomentari kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment