Thursday, November 13, 2014

Anwar: Surat sokongan mesti bawa ke kabinet

13 Nov 2014

Sebarang surat sokongan oleh menteri kewangan mesti dibawa ke kabinet sebelum dikeluarkan kerana ia dianggap sebagai satu "jaminan berdaulat", kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia perlu diserahkan untuk perhatian kabinet. Prosedur sebegini tidak boleh dimanipulasi.

"Jika ia (prosedur ini) dipertikaikan oleh kerajaan, maka ia perlu dirujuk kepada pakar perundangan.

"Sebarang surat sokongan ke atas sebarang projek dianggap sebagai satu surat jaminan - satu jaminan oleh kerajaan," kata Anwar pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurutnya, surat itu sedemikian juga hanya boleh dikeluarkan oleh menteri kewangan.

"Sebab itu dalam kes PKFZ, apabila ia ditandatangani oleh menteri pengangkutan ia dianggap menyalahi kaedah yang sedia ada," katanya lagi yang merupakan menteri kewangan di antara tahun 1992 hingga 1998.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment