KUALA LUMPUR:
Menteri Sumber Manusia diminta menyatakan bagaimana Kementerian ini
boleh berlaku adil kepada 85,000 lepasan siswazah yang telah memohon
pekerjaan melalui on-line pada 6 September 2014 berbanding dengan
keperluan kepada jawatan kosong yang ada.
Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Datuk Dr Nik Mazian Nik
Mohamad [PAS-Pasir Puteh] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah.
Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan
adakah Kerajaan bercadang untuk memindahkan Hospital Raja Perempuan
Zainab II ke tempat yang lebih strategik di mana ia mengambil kira
keluasan ruang dan juga keselesaan pelanggan.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan
berapakah peruntukan yang dibelanja oleh Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan pada tahun 2005 hingga 2013 hasil daripada kutipan zakat
untuk membangunkan sektor hartanah di sekitar Wilayah Persekutuan dalam
usaha untuk membantu orang miskin yang tidak ada rumah.
Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pengangkutan
menyatakan kerugian yang ditanggung terhadap tragedi MH370 dan MH17 dan
apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk memulihkan imej
dan prestasi MAS masa depan.
Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri
Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah anggaran sebenar
keperluan bekalan ikan setahun kepada negara.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada tahun lalu.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada tahun lalu.
Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan jaminan kemudahan
infrastruktur Majlis Perbandaran Dungun dari segi jalan raya, kesihatan,
kebersihan, keselamatan, perparitan, perkhidmatan bomba, perumahan,
keceriaan dan pemusatan jabatan kerajaan persekutuan.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pendidikan menyatakan
punca kebocoran kertas soalan UPSR 2014 dan apakah langkah kawalan
keselamatan serta kerahsiaan yang diambil sebelum ini untuk memastikan
tiada kebocoran.
Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan apakah
sebab pertukaran Setiausaha Dewan Negara dibuat secara tergesa-gesa dan
menimbulkan kontroversi. Apakah usaha Kerajaan dalam memastikan setiap
pertukaran dibuat secara lebih telus, bertanggungjawab dan dalam bentuk
yang lebih menghargai jasa sumbangan pegawai-pegawai Kerajaan. - HARAKAHDAILY 25/11/2014
No comments:
Post a Comment