sinarharian
- Mangsa yang dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam longkang ditemui kira-kira 20 meter dari rumahnya semalam.
IPOH – Seorang doktor gigi dijumpai mati tertiarap dalam longkang
kira-kira 20 meter kediamannya selepas dipercayai terjatuh dan
dihanyutkan arus deras di Jalan Raja Kam, Taman Canning di sini,
semalam.
Mayat mangsa dijumpai adik perempuannya yang berusia 67 tahun ketika sedang membuang sampah di hadapan rumahnya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, berdasarkan keterangan, lelaki berkenaan keluar dari rumahnya pada kira-kira jam 10 malam untuk bersantai bersama rakannya.
Menurutnya, memandangkan ketika itu hujan lebat, pihak keluarga menyangka mangsa tidur di rumah rakannya.
“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai balik ke rumahnya malam tadi (kelmarin) dan parkir keretanya di hadapan rumah.
"Mangsa kemudiannya dipercayai terjatuh dalam longkang berikutan payung dan kunci pintu pagar miliknya ditemui dalam longkang terbabit.
“Keadaan hujan lebat dan air deras menyebabkan mayat telah dihanyutkan kira-kira 20 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh,” katanya.
Chang Keong berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur-unsur jenayah ditemui dalam kejadian tersebut.
“Wang, telefon bimbit, jam dan barang peribadi masih bersama dengan mangsa. Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya.

No comments:
Post a Comment