29/11/14
Doktor di
Shenzhen,China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang
kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor
otak awal bulan ini. Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani
ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan
untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya. Hanya selepas
lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui
pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan
perubatan lain.
Keluarganya
menjelaskan bahawa dia mahu menyelamatkan orang lain daripada mempunyai
rasa sakit yang dia alami dari penyakitnya dan "dapat hidup dengan cara
yang lain." Keluarganya juga bercakap tentang sekiranya ia masih hidup,
kanak-kanak itu mahu menjadi doktor. Dia hanya mahu membantu orang
lain. Mengetahui bahawa ianya tidak akan berlaku, dia melihat ini
sebagai pilihan yang terbaik seterusnya dalam membantu pesakit lain
hidup dan sihat. Mereka yang menerima sumbangan beliau pasti akan
bersetuju.
http://ejeninfo.blogspot.com
Sumber: Youtube


No comments:
Post a Comment