KUALA LUMPUR: Imej dan sokongan Pakatan Rakyat
khususnya PKR dan PAS terjejas ekoran isu pelantikan Menteri Besar
Selangoe sebelum ini, menurut kajian oleh Pusat Kajian Politik dan
Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Kajian yang dijalankan selepas parlantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar baharu itu, mendapati PKR paling teruk terjejas dengan diikuti rapat oleh PAS, sementara DAP pula tidak berubah.
Menurut laporan The Malaysian Insider, 52% responden pengundi Melayu bersetuju bahawa PKR paling terjejas sementara Cina (46%) dan India (45%).
Bagi PAS pula, 42% pengundi Melayu bersetuju behawa PAS turut terjejas manakala Cina (43%) dan India (41%).
DAP pula adalah pihak yang paling sedikit terjejas dengan kemelut itu walaupun turut bersama dalam Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.
Hanya 34% orang Melayu sahaja menyatakan DAP terjejas, manakala Cina (28%) dan India (26%).
Kajian itu juga mengatakan BN tidak terjejas langsung dengan kemelut itu, bahkan mendapat tambahan sokongan.
Pengarah UMcedel, Dr Amir Saifude Ghazali dilaporkan mendedahkan dapatan kajian itu dalam satu perbincangan di Kuala Lumpur semalam. - HARAKAHDAILY 14/11/2014

No comments:
Post a Comment