- Othman Nawang (dua, kanan) menunjukkan beberapa dekoder yang dirampas pihaknya dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah, kelmarin.
KUALA LUMPUR - Sebuah kios menjual peralatan kemudahan internet diserbu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) Putrajaya, selepas dipercayai menjual dekoder haram untuk
penyiaran percuma filem luar negara.
Serbuan kira-kira jam 1 petang itu dijalankan di sebuah pusat beli-belah, di Bangsar, dekat sini, kelmarin, yang disertai 11 anggota daripada bahagian operasi seksyen harta intelek, hasil risikan kira-kira satu minggu.
Kios yang berada di tingkat satu bangunan berkenaan berselindung di sebalik kedai menjual kemudahan internet dipercayai mengimport dekoder terbabit dari negara luar dengan harga RM80 sebelum dijual di pasaran dengan harga RM850.
Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguat kuasa KPDNKK Putrajaya, Othman Nawang berkata, ini merupakan tindakan pertama berkaitan isu sedemikian.
Menurutnya, premis tersebut turut melakukan penjualan dan promosi menerusi laman sesawang. Malah, turut menyimpan beberapa stok dekoder di tingkat lima bangunan berkenaan di pusat spa bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Stok tersebut hanya akan dikeluarkan jika terdapat permintaan daripada pembeli. Hasil pemeriksaan, kita berjaya merampas sebanyak 50 dekoder jenis ‘tvpad’ yang dianggarkan bernilai RM42,500.
“Empat pekerja premis berusia lingkungan 20-an turut diambil keterangan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Akta Hakcipta 1987,” katanya kepada media di Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya, semalam.
Dalam serbuan berasingan, Ketua Operasi KPDNKK Putrajaya, Ahmad Puat Abdul Hamid berkata, dalam serbuan hari yang sama kira-kira jam 12.30 tengah hari, pihaknya berjaya merampas pelbagai aksesori seperti beg, tali pinggang dan aksesori berjenama Gucci, Prada dan Louis Vuitton.
Katanya, sebanyak 282 barangan tiruan pelbagai jenis bernilai kira-kira RM7,500 disita kerana melanggar Akta Perihal Dagangan 2011.

No comments:
Post a Comment