17 Nov 2014
(MK)Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan pemimpin
DAP yang mempersoalkan kegagalan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak dipersoalkan kerana Abdul Hadi (kiri) mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian.
"Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat.
"Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka semalam.
Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan Pakatan Rakyat, gabungan PKR, DAP serta PAS, berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.
Guan Eng secara terbuka turut menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat berkenaan selepas beberapa bulan presiden Pas itu gagal berbuat demikian.
- Bernama

tp dlm gambar dilongdong masa ponteng sidang parlimen, dia nampak sihat je...
ReplyDelete