Saturday, November 22, 2014

Kerana markah Bahasa Inggeris sangat rendah, kanak-kanak gantung diri

 

 Foto: copyright shanghaiist.com
  Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui mati gantung diri di biliknya di kawasan Guangzhou Panyu pada hari Khamis petang. Kanak-kanak itu ,   Xiao Huan sebelumnya   dimarahi oleh neneknya gara-gara markah bahasa Inggerisnya yang teruk. Dia bahkan sempat menuliskan rasa penyesalannya di buku hariannya gara-gara keputusan B Inggeris tersebut.

Seperti yang dilansir oleh shanghaiist.com, Xiao menulis di buku hariannya bahawa dia merasa bersalah dengan markah 39 untuk mata pelajaran bahasa Inggerisnya. "Aku cuma dapat nilai 39 di ujian bahasa Inggerisku. Aku menyesal tidak mendengarkan kata-kata nenek kelmarin. Aku akan mengulang pelajaran di rumah lebih giat lagi lain kali sebelum ujian," tulis Xiao.

Pada pukul 16.30 hari Khamis petang, Xiao pulang sekolah dengan memperlihatkan hasil ujian bahasa Inggerisnya. Ketika neneknya melihat hasil ujian tersebut, dia terus marah, "Semestinya kamu boleh dapat nilai lebih dari 60. Kok bisa cuma dapat nilai 39? Kamu tidak boleh main setelah pulang sekolah. Kamu harus tetap di rumah mengulang lagi pelajaran sekolah selama dua jam sehari."

Ketika itu Xiao tak menunjukkan rasa kesal atau marah. Ia hanya tersenyum lalu masuk ke kamar tidurnya untuk mengerjakan PR. "Ketika itu dia tak memperlihatkan emosi yang berlebihan," ungkap sang nenek. Hingga pada pukul 18.30, nenek Xiao memanggil cucunya itu untuk makan malam. Tapi yang terjadi malah sesuatu yang mengejutkan.
 
Ketika   nenek Xiao membuka pintu kamar Xiao untuk mengajaknya makan malam, nenek Xiao terkejut. Xiao ditemui mati gantung diri di ambang jendela dengan kaki yang disangga sebuah batal. Seutas tali terlilit di leher Xiao dan bibirnya pun sudah membiru 
 
Nenek Xiao berusaha untuk menyelamatkan cucunya itu tapi sayang terlambat. Pihak perubatan sudah menyatakan bahawa Xiao telah meninggal.

Sepupu Xiao yang juga sekelas dengan Xiao memaparkan bahawa hari Khamis pagi sebelumnya, Xiao sempat disetrap di sekolah selama 10 minit. Sementara guru Xiao, Mr. Huang menjelaskan kepada reporter bahawa sebenarnya Xiao memperlihatkan peningkatan di ujian tengah semester. Meskipun nilai bahasa Inggerisnya tak baik, tapi Xiao berhasil di ujian Matematik dan bahasa China.

Pihak keluarga menduga bahawa hukuman di sekolah dan juga tekanan untuk belajar adalah yang membuat Xiao memutuskan untuk gantung diri. Sementara itu  guru besar menyatakan bahawa hukuman yang diterima Xiao itu tidak berat.  Ketika itu, menurut penjelasan guru besar, Xiao harus disetrap bersama dengan beberapa teman lain kerana bercakap  di kelas, tapi hanya disuruh berdiri satu hingga dua minit saja. Polis ketika ini masih melakukan penyiasatan lebih jauh tentang kes bunuh diri Xiao.
sumber: Vemale.com  22/11/14

No comments:

Post a Comment