2 Nov 2014
Akhbar terkenal di Amerika Syarikat Washington Post
mengingatkan Presiden Barack Obama berkaitan seruannya di Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mempertahankan demokrasi di dunia,
sepatutnya bermula di Malaysia.
Mengingatkan kembali ucapan beliau di PBB pada September, sebulan sebelum Malaysia diterima di peringkat Majlis Keselamatan PBB, akhbar itu berkata pada masa Obama "kempen yang lebih kuat" mempertahan negara-negara yang ada "tindakan keras berterusan" tetapi ia tinggal kata-kata.
Akhbar itu melaporkan bahawa mereka tidak melihat banyak langkah susulan berhubung janji itu walaupun peluang untuk melakukannya amat banyak.
Tulisan lembaga editorial dalam satu komen bagi akhbar itu semalam berkata salah satu "perkara paling mendesak" ada di Malaysia, sekutu Amerika, yang telah melancarkan tindakan keras yang luar biasa terhadap para pemimpin pembangkang, ahli akademik dan wartawan.
Secara khusus, akhbar itu maklum berhubung pendakwaan yang sedang berlangsung terhadap pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat yang disifatkan sebagai "kes jenayah yang menjelekkan" yang memerlukan perhatian Obama berhubung janjinya itu.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment